Monday, May 2, 2016

Prosedur Perkahwinan Islam

Prosedur Perkahwinan Islam

Langkah 1) Kursus Perkahwinan dan dapatkan SIJIL KURSUS PERKAHWINAN

Langkah 2) Borang Permohonan Nikah (Borang 1 & Borang 2)
  • Borang 1 – Borang Permohonan oleh Lelaki untuk kebenaran berkahwin
  • Borang 2 – Borang Permohonan oleh Perempuan untuk kebenaran berkahwin) 
  • Mana nak dapat borang-borang ni? Pergi je dekat halaman Web Jabatan Agama Islam di Negeri Masing2 dan cari "Permohonan NCR". Borang Permohonan Nikah dibeli dengan harga : RM 5/set bagi sesetengah Pejabat Agama, pembelian borang tersebut tidak boleh diwakilkan kepada sesiapa.  Sesetengah Pejabat Agama mungkin boleh menerima wakil dengan syarat salinan kad pemohon disertakan. Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar seawal 3 bulan atau paling lewat 2 hingga 4 minggu sebelum tarikh bernikah.
  • Borang Ujian Saringan HIV lengkap
  • Dapatkan Surat Akuan Status Diri / Surat Akuan Bujang dari Pejabat Agama

Langkah 3) Isi Borang Permohonan lengkap Pra-syarat berkahwin yang kedua-dua pihak perlu patuhi
  • Sekiranya masih bujang, dapatkan pengesahan mengenai status bujang dari Penghulu atau Ketua Kampung atau Majikan yang beragama Islam.

Langkah 4) Mendapatkan tandatangan 2 saksi untuk Borang Permohonan dan tandatangan Wali
  • Saksi untuk borang permohonan terdiri daripada 2 orang lelaki yang bukan di kalangan keluarga dan ia hanyalah untuk saksi dalam bagi borang permohonan nikah ini sahaja.
  • Wali diperlukan untuk menandatangani borang permohonan nikah ini.

Langkah 5) Surat Akuan Status Diri  
  • Sila bawa seorang saksi semasa hendak menandatangani surat ini

Langkah 6) Ujian Saringan HIV: 

  • Laporan Pengesahan Pemeriksaan Kesihatan (HIV) hanya boleh diperolehi dari Hospital atau Klinik Kerajaan Malaysia Sahaja. Ujian di klinik Kerajaan hanya perlu bayar RM1 sahaja tetapi perlu merujuk kepada jadual waktu tertentu untuk menjalani ujian ini. Berbanding jika ujian saringan HIV di klinik swasta, jumlah perkhidmatan yang dikenakan adalah RM25.
  • Sebelum ujian HIV dijalankan, pemohon perlu mengisi satu borang yang dikeluarkan oleh pihak klinik terlebih dahulu.

Langkah 7) Pastikan salinan dokumen seperti berikut disediakan :
  • Kad pengenalan bakal pengantin lelaki
  • Kad pengenalan bakal pengantin perempuan
  • Kad pengenalan Wali
  • Kad pengenalan Saksi Borang (2 lelaki)
  • Sijil Kursus Pra Perkahwinan
  • Surat Akuan Status Diri
  • Sijil asal dan salinan Nikah ibubapa (Untuk pengantin perempuan anak pertama sahaja)

Langkah 8 : Menghantar borang permohonan lengkap 

  • Bawa semua dokumen yang sudah lengkap ke bahagian Undang Undang Syariah di Jabatan Agama.
  • Submit semua dokumen.
  • Pastikan sijil asal – Sijil Nikah ibubapa (Untuk pengantin perempuan (ANAK PERTAMA) sahaja) dibawa bersama.
  • Setelah itu anda harus ke Kaunter Semakan dan Temubual.
  • Temubual ringkas akan dibuat dan soalan yang ditanya adalah berkaitan dengan soalan-solan yang biasa sebagai seorang Islam.

Langkah 9 : Membeli 2 Borang terakhir

  • BORANG 3 – KEBENARAN MENIKAH akan dikeluarkan setelah semua dokumen anda lengkap serta sessi temubual sudah selesai.
  • BELI BORANG 6 RM 2 (PERMOHONAN MENDAFTARKAN NIKAH)
  • BELI BORANG 8 RM10 (SIJIL NIKAH)
  • Pihak Agama setempat akan menyertakan seberondong dokumen untuk anda bawa bertemu orang terakhir yang memainkan peranan sebagai JURUNIKAH.

Langkah 10 : Menghantar Borang 3, 6 & 8 kepada JURUNIKAH / IMAM 

  • Sebaiknya WALI dari pihak perempuan atau ayahanda dari pihak lelaki yang menghantarnya. 

Langkah 11 : HARI AKAD NIKAH

  • Hubungi JURUNIKAH 2 atau 3 hari sebelum tarikh nikah.
  • Pastikan semua Wali dan Saksi untuk majlis akad nikah dimaklumkan terlebih dahulu dan membuat persediaan.
  • Dengan perancangan yang betul dan baik, segalanya akan dipermudahkanNya. InsyAllah

Langkah 12 : Pendaftaran dan Borang Permohonan Kad Perakuan Nikah 

  • Pendaftaran Perkahwinan hendaklah dilakukan dalam tempoh tujuh (7) hari setelah majlis pernikahan dijalankan dengan menggunakan Borang 6 – Borang Permohonan Untuk Mendaftar Perkahwinan
  • Kad Perakuan Nikah boleh diperolehi dengan memohon di Bahagian Undang-Undang Syariah Pejabat Agama Daerah dengan bayaran sebanyak RM30 dengan menyertakan borang berikut :
a) Borang permohonan yang lengkap
b) Salinan Kad Pengenalan kedua-dua pihak
c) Salinan Sijil Nikah
d) Gambar berukuran passport (pengantin lelaki dan perempuan).
  • Pemohon akan dipanggil semula apabila kad siap.

0 comments:

Post a Comment

 

Welcome to Ezz blog corner