PERKARA PALING ASAS DALAM MENYEDIAKAN BUDGET MAJLIS PERKAHWINAN
Budget sesuatu Majlis Perkahwinan haruslah dirangka dengan sebaik mungkin untuk mengelakkan sebarang pembaziran dan akhirnya menyebabkan pengantin berdepan dengan masalah hutang yang serius.
1. Dahulukan budget untuk perkara yang wajib ada
Senaraikan perihal2 yang penting mengikut prioriti yang wajib ada ketika majlis perkahwinan seperti wang hantaran, makanan untuk dihidang kepada tetamu, upah akad nikah, baju semasa majlis dan sebagainya. Letakkan setiap perkara yang disenaraikan dengan harga yang dianggarkan dan buang mana-mana perkara yang tidak penting dan sia-sia.
![7 Perkara Paling Asas Dalam Menyediakan Budget Majlis Perkahwinan Yang Bakal Pengantin Tidak Tahu](http://i.imgur.com/YPF7QXG.png)
7 Perkara Paling Asas Dalam Menyediakan Budget Majlis Perkahwinan Yang Bakal Pengantin Tidak Tahu
2. Tetapkan Budget dan ikut apa yang ditetapkan
3. Rajin bertanya dan membuat survey.
rajin bertanya dan membuat survey bagi setiap servis yang anda inginkan seperti kad kahwin, katering, gubahan hantaran atau pelamin untuk mendapatkan harga yang terbaik. Jangan malas! Kahwin hanya sekali ![🙂](https://s.w.org/images/core/emoji/72x72/1f642.png)
![🙂](https://s.w.org/images/core/emoji/72x72/1f642.png)
4. Bandingkan Harga Servis
Setelah selesai buat survey dan bertanya, duduk bersama pasangan anda dan pilih pakej yang terbaik untuk anda berdua sesuai dengan budget yang telah ditetapkan. Jika anda mempunyai saudara atau kenalan yang menyediakan servis-servis perkahwinan, itu lebih baik dan senang untuk berunding.
5. Pilih servis yang dirasakan paling terbaik sesuai dengan kemampuan masing-masing
Setelah selesai memilih servis atau vendor yang sesuai, pastikan anda tawar-menawar dengan vendor untuk mendapat potongan harga atau diskaun.
6. Kira perbelanjaan
Selesai membuat pilihan, kira balik perbelanjaan majlis perkahwinan yang akan dikeluarkan dan pastikan masih dalam lingkungan budget yang telah ditetapkan.
7. Kahwin!
Nikmati perkahwinan anda!
Sumber : Pinterest
0 comments:
Post a Comment