Hye semua! Untuk post kali ni, Ezz nak share apa yang perlu korang buat sekiranya menghadapi masalah talian telefon TM No Dial Tone (NDT) + Streamyx down. Sekiranya talian telefon tiada dail tone masa korang angkat ganggang + internet pun down, mula2 sekali korang perlu buat direct connection atau bahasa melayu nya sambungan terus. Direct connection ni perlu dibuat dari soket dinding rumah terus ke set telefon tanpa menggunakan splitter/microsplitter. Boleh rujuk gambar bawah apa maksudnya direct connection. Tujuan direct connection ni sebab kita nak check mana tau splitter tu yang rosak ke.
Bila dah buat direct connection tu, angkat ganggang telefon semula. Jika ada bunyi, maknanya splitter tu yang rosak. So, beli je yang baru kat mana2 kesai komputer dan tukarkan je. Dah settle, tak perlu nak call TM suh hantar technician check. Kalau x ok juga, kenalah call 100 atau tweet @TMConnects untuk bantu bukakan laporan untuk technician check kat side TM, mana tau ada kecurian kabel ke.
Jika korang ada sebarang isu dengan line TM, boleh cuba Self Help sendiri ya.
0 comments:
Post a Comment